suria

Senarai nama pelajar UPSI menaiki bas terlibat kemalangan maut di Gerik

Antara penumpang yang terselamat dalam kemalangan tragis membabitkan bas persiaran dan Perodua Alza berhampiran Tasik Banding.

SALAH seorang mangsa kemalangan tragis berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak membabitkan bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berada di zon merah.

Keadaan mangsa yang berasal dari Besut, Terengganu itu disahkan anggota keluarga yang mengenali mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bas bawa pelajar UPSI kemalangan di Gerik, sekurang-kurangnya 15 maut

Ketika dihubungi mStar, dia dalam keadaan sebak memaklumkan mangsa menaiki bas persiaran terbabit dari Jerteh untuk pulang ke UPSI.

"Mak saudara saya dapat maklumat selepas menghubungi IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Gerik sejurus melihat nombor plat bas yang tular di media sosial.

"Pihak polis mengesahkan nama mangsa dan menyatakan dia berada di zon merah," jelasnya.

Berikut adalah senarai nama penumpang terlibat dalam kemalangan berkenaan yang tular di media sosial:

Senarai ini dikongsikan pengguna Facebook.

Terdahulu, 15 individu disahkan maut dalam kemalangan tragis membabitkan dua kenderaan berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi Isnin.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 1 pagi.

 

Artikel Lain