suria

Kelindan antara 15 maut tragedi bas bawa pelajar UPSI, 7 lagi mangsa masih di zon merah

Antara mangsa yang terselamat dalam kemalangan tragis berhampiran Tasik Banding.

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Perak mengesahkan mangsa maut merupakan seorang kelindan dan 14 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pengarahnya, Sayani Saidon dalam kenyataan berkata, mangsa yang meninggal dunia terdiri 10 wanita dan lima lelaki.

"Seramai 13 daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Bas bawa pelajar UPSI kemalangan di Gerik, sekurang-kurangnya 15 maut

ARTIKEL BERKAITAN: Senarai nama pelajar UPSI menaiki bas terlibat kemalangan maut di Gerik

"33 individu mengalami kecederaan di mana tujuh dirawat di zon merah, zon kuning (20), dan enam di zon hijau," jelasnya memperincikan keadaan mangsa kemalangan.

Tambah beliau, jumlah mangsa yang dirawat di Hospital Gerik adalah 29 orang manakala empat lagi di Hospital Baling.

Katanya, mangsa yang meninggal dunia berada di Unit Forensik Hospital Gerik.

Terdahulu, 15 individu dilaporkan maut susulan kemalangan tragis di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik awal pagi Isnin.

Kesemua mereka merupakan penumpang bas persiaran yang dipercayai dalam perjalanan dari Jerteh Terengganu ke UPSI di Tanjung Malim, Perak.

Artikel Lain