suria

“Ingat bang...  Lailahaillallah” - Rakaman orang awam bantu mangsa kemalangan ucap syahadah sebelum maut undang sayu

Dua lelaki sedang mengajar syahadah kepada mangsa kemalangan yang dirempuh bas.

PENGGUNA jalan raya sempat mengajar seorang lelaki yang sedang nazak mengucap dua kalimah syahadah sebelum maut dalam kemalangan di Kampung Sungai Petai di Alor Gajah, Melaka pada Isnin.

Mangsa berusia 23 tahun, meninggal dunia manakala seorang lagi berusia 22 tahun cedera dalam nahas kira-kira pukul 5.15 petang.

Kemalangan itu membabitkan sebuah bas dengan Perodua Kembara.

Menerusi video di media sosial, mangsa yang memakai pakaian kalis cahaya berwarna oren berada di dalam longkang dan dikerumuni orang ramai.

"Sebut bang Allah... sebut bang Allah, bangun bang sebut. Ingat bang...  Lailahaillallah," kata seorang lelaki berkopiah.

Berdasarkan maklumat, mangsa dirempuh sebuah bas ketika melakukan pemunggahan kerja penyelengaraan elektrik dari kenderaan sebelum dirempuh bas.

Video yang sama juga memaparkan bahagian kiri bas kemek dengan cermin turut pecah, manakala Perodua Kembara remuk dengan teruk.

Artikel Lain