suria

Misteri di tanah perkuburan Islam terjawab, polis tangkap lelaki curi batu nisan

Lelaki itu ditahan di sebuah rumah pada Jumaat.

PENDUDUK di sekitar Tawau, Sabah gempar apabila beberapa batu nisan dilaporkan hilang dari sebuah tanah perkuburan Islam pada awal minggu ini.

Kehilangan itu mula disedari penduduk sebelum video mengenainya tular di media sosial, sekali gus mengundang siasatan pihak polis Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, hasil siasatan membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun.

Lelaki itu ditahan di sebuah rumah berhampiran tanah perkuburan di Kampung Sungai Imam Bombalai Laut pada Jumaat.

Menurutnya, suspek ditahan sekitar pukul 2 petang dan polis turut menemui semula batu nisan yang hilang di rumah tersebut. 

"Kami membawa suspek ke balai polis untuk siasatan lanjut dan mengenal pasti motif dia mencuri batu nisan itu," katanya.  

Dia menegaskan polis tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.  

Tambah Jasmin, kes itu disiasat mengikut kesalahan khianat yang menyebabkan kerugian atau kerosakan.

Artikel Lain