suria

OKU juga ada hati, perasaan! Setelah 17 tahun bercinta, pasangan ini akhirnya bersatu di pelamin

Majlis perkahwinan pasangan OKU yang meriah disambut ahli keluarga, kakitangan dan sukarelawan Pusat Stepping Stone.

ORANG kelainan upaya (OKU) juga mahu mencintai dan disayangi.

Majlis akad nikah pasangan kurang upaya, Rozihad Yahya, 51, dan Md Shahell Md Yusof, 41, berlangsung pada 22 Oktober lalu di Pusat Sokongan Stepping Stone, Balik Pulau, Pulau Pinang yang merupakan tempat kerja untuk orang berkeperluan khas.

Md Shahell bekerja di kedai roti cacat penglihatan dan mempunyai masalah kecacatan kognitif yang rendah manakala Rozihad pula merupakan seorang tukang tenun kurang upaya kognitif di pusat tersebut yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Komuniti Asia sejak tahun 2000.

Perkahwinan Rozihad dan Md Shahell disambut meriah oleh ahli keluarga dan rakan sekerja mereka.

“Daripada persahabatan, ia bertukar menjadi cinta. Tiba-tiba sahaja berlaku.

“Apabila saya melamarnya dan dia bersetuju, sayalah lelaki paling bahagia,” katanya.

Rozihad berkata dia sangat gembira apabila keluarga kedua-dua belah pihak mereka memberi restu dan persetujuan untuk mereka berkahwin.

“Kami tidak mahu berkahwin tanpa restu kedua-dua keluarga dan sementara itu kami sanggup menunggu.

"Kini, saya sangat gembira, teruja dan tidak sabar untuk menghabiskan hari-hari bahagia bersama Shahell,” ujarnya.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sokongan Stepping Stone, Khor Ai-Na, dan pengerusinya Datuk Gillian Teh.

“Kakitangan dan sukarelawan kami dari Jerman, Amerika Syarikat dan Jepun mahu menganjurkan acara yang menggembirakan ini untuk Md Shahell dan Rozihad kerana kedua-duanya telah bersama kami selama beberapa tahun.

“Ini mungkin perkahwinan pertama antara individu yang mempunyai masalah kognitif atau pembelajaran di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih seorang abang... dah berkeluarga tapi masih nak sedondon dengan adik OKU! Bengah akui terkenangkan Bella di Aidilfitri

“Kami berharap perkahwinan ini akan mewujudkan tanggapan positif bahawa walaupun mereka menghadapi cabaran, orang kelainan upaya intelek juga mempunyai perasaan dan emosi; mereka boleh mencintai dan disayangi.

“Mereka juga berhak untuk menjalin hubungan dan berkahwin,” kata Khor Ai-Na.

Sukarelawan Jerman, Jana Akkermann, 34, yang hadir dalam majlis dengan suaminya Lutz Hofmann, 60, berkata ia merupakan pengalaman bersanding Melayu yang pertama yang dilihatnya.

Akkerman juga berkata dia menghargai sokongan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh masyarakat setempat terhadap pasangan itu.

“Saya juga suka melihat cara pelamin dihias, termasuk pakaian perkahwinan yang sepadan,” katanya.

Pasangan itu hadir ke majlis secara berbasikal yang dikayuh oleh Md Shahell kerana mereka selalu datang ke tempat kerja dengan kenderaan itu.

Para tetamu, ahli keluarga, kakitangan pusat dan sukarelawan juga berbaris di kedua-dua belah pintu masuk pusat itu untuk menyambut pasangan.

Kemudian, pasangan itu dan tetamu menyaksikan persembahan silat sebelum menikmati jamuan termasuk nasi minyak, kari ayam, sayur-sayuran, kuah telur, laksa dan kuih tradisional Melayu. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain