suria

Banyak mata memerhati PM baharu, Anwar jawab dakwaan ‘masyuk’ sebab dilihat pakai kasut LV harga ribuan ringgit

Anwar jawab mengenai kasut jenama mewah yang dipakainya.

SEJAK dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, segala tindak-tanduk dan gerak-geri Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menjadi tumpuan netizen.

Terbaharu, akaun Twitter @NaratifRakyat turut membuat satu posting berkenaan kasut Louis Vuitton yang dipakai Anwar sehingga ia tular dan menjadi perdebatan ramai.

"Pung pang pung pang tolak S600 Mercedes, pakai capal. Hari ni dah upgrade ke kasut berharga lebih daripada RM5,500. Masyukkkkkkk PM #KitaBoleh," tulis pengendali Twitter itu.

Anwar pada Selasa malam bagaimanapun tampil membuat penjelasan bahawa kasut mewah itu merupakan pemberian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kepadanya dua tahun lalu.

"Ia pemberian Tuanku Sultan Johor dua tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah," tegas Anwar menerusi ciapan di Twitter rasminya.

Difahamkan, Anwar mengenakan kasut itu ketika pertemuannya dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan biasa-biasa! Sultan Brunei drive sendiri kereta bawa Anwar dari Subang ke Putrajaya

Anwar juga dikatakan memakai kasut yang sama ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu.

Di ruangan komen, ramai netizen turut menyelar tindakan pengendali akaun berkenaan yang membuat tuduhan tidak berasas ke atas Anwar.

Malah, ada yang turut memberi saranan agar individu itu disaman, lantas menjadi pengajaran buat kaki fitnah di luar sana.

"Saya sokong PM10. Budaya fitnah kena sekat dari sekarang. Jangan biar anak bangsa kita jadi pemfitnah. Perangi fitnah. Fokus bangunkan anak bangsa jadi maju dalam hidup. Bukan semakin mundur dengan fitnah.

"Saman boleh menghentikan fitnah, saya support saman je semua yang memfitnah sekarang ni supaya tak timbul lagi masalah pada masa akan datang.

"Saman je Datuk Seri. Gaji PM tak ambil selamat duit rakyat. Tolong ambil gaji dengan pemfitnah-pemfitnah ni," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain