suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan

Air mulai naik di Putrajaya selepas hujan sejam pada 29 November.

AIR naik di beberapa kawasan di Putrajaya susulan hujan lebat bermula kira-kira jam 3 petang Selasa.

Klip berdurasi 21 saat yang dikongsi oleh Perbadanan Putrajaya (PjC) di laman Facebook rasminya menunjukkan banjir di sebuah terowong di Presint 5, Putrajaya.

"Berhati-hati semua pengguna kenderaan menghala ke laluan terowong Presint 5 Putrajaya. Kenaikan air akibat hujan lebat boleh membahayakan kenderaan anda.

"'Team task force' sedang melaksanakan pemantauan dan langkah-langkah sewajarnya untuk tangani isu ini," demikian kapsyen yang ditulis.

Satu lagi kejadian banjir dikesan berhampiran stesen minyak dan di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 18, Putrajaya dipercayai berlaku pada pukul 3 petang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

banjir, sejam, Putrajaya

Artikel Lain