suria

Kasih seorang abang... dah berkeluarga tapi masih nak sedondon dengan adik OKU! Bengah akui terkenangkan Bella di Aidilfitri

Foto kiri Bengah (kanan) bersama Afitul (dua, kiri) dan isteri (kiri) serta anak lelaki sedondon sempena Aidilfitri.

SESIAPA yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap sindrom down pastinya terkesan dengan kes penderaan remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) bernama Bella.

Turut mengikuti perkembangan kes tersebut, seorang personaliti media sosial, Bengah sebak mengenangkan nasib anak istimewa berusia 13 tahun itu, lebih-lebih lagi dengan ketibaan 1 Syawal.

ARTIKEL BERKAITAN: "Paling 'kejam' pernah buat cuma tak tegur, tak bawa jalan-jalan" - Instafamous ada adik istimewa menggigil tengok video Bella, geram dengan pelaku

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih Bengah Buat Adik Istimewa Jadi Viral

Bengah yang berusia 35 tahun berkata, kes Bella begitu dekat dengan dirinya kerana dia sendiri mempunyai adik sindrom down berusia 24 tahun.

"Ramai followers yang DM (mesej secara langsung) minta saya beri pendapat tentang kes Bella. Tapi kes tersebut masih dalam perbicaraan.

"Ikutkan memang rasa gatal mulut nak bersuara, tapi lebih baik menahan daripada tersalah kata. Ramai followers pun bukannya saya ada kuasa nak jatuh hukum.

"Apa yang saya mampu cakap perkara yang positif, doakan yang terbaik dan keadilan untuk Bella. Raya ni saya sebak teringatkan nasib yang menimpa Bella," katanya kepada mStar.

bengah bella 2

Adik Bengah, Afiatul (tengah) bersama ibu bapanya di hari raya.

Selain Bella, Bengah atau nama sebenarnya Hammad Zamakhashari Mohd Noor turut menerima mesej daripada para pengikutnya yang kematian ahli keluarga sindrom down.

"Bila nak raya, mereka pasti terkenangkan anak atau adik-beradik istimewa seperti Afiatul. Mereka teringat arwah bila tengok video saya bersama Afiatul.

"Antara mereka ada juga nak bagi baju raya pada Afiatul. Ada juga orang yang kasihan kat saya kerana mereka tahu susah nak jaga adik istimewa," katanya yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik, manakala Afiatul adalah anak bongsu.

bengah bella 1

Afiatul bersama duit raya yang diterimanya.

Namun bagi Bengah yang mempunyai hampir sejuta pengikut di laman Instagram, kasih sayangnya terhadap adik istimewanya mengatasi segala-galanya.

"Memang mencabar jaga Afiatul, sebab dia ada mood dia tapi boleh dikawal. Mereka mungkin merajuk atau merengek tapi tidak sampai mencederakan diri sendiri," katanya yang merupakan bapa kepada seorang anak lelaki berusia dua tahun dan dua bulan.

Apa yang saya mampu cakap perkara yang positif, doakan yang terbaik dan keadilan untuk Bella. Raya ni saya sebak teringatkan nasib yang menimpa Bella.

BENGAH

Mengenai sambutan Aidilfitri, Bengah berkata, dia bersama isteri dan anak akan berhari raya di rumah keluarganya dan keluarga mentua, masing-masing di Kuala Lumpur.

Dari segi persiapan raya, dia sekeluarga bersama Afiatul mengenakan busana sedondon dengan memilih warna hijau.

bengah bella 4

Kanan Bengah begitu akrab dengan Afiatul, kiri remaja OKU bernama Bella yang dipercayai didera.

"Bengah, isteri dan anak memang sedondon dengan Afiatul. Dah beberapa tahun setiap kali raya Bengah akan samakan dengan Afiatul.

"Sebab Bengah dan Afiatul sangat rapat. Sampaikan bila keluar video Bengah bersama Afiatul di TikTok pun orang ingat Afiatul tu anak Bengah. Mungkin sebab cara saya pimpin tangan Afiatul dan kerap buat video bersama dia.

"Pada masa sama, masih ramai ingat susah nak jaga adik sindrom down. Tapi sebenarnya tak susah kalau kita sayangkan mereka.

"Kata kuncinya adalah kasih sayang... insya-Allah, urusan kita jaga insan istimewa ini akan dipermudahkan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain