suria

Trafik sesak di lebuh raya utama susulan peningkatan kenderaan, kemalangan

Pertambahan kenderaan menyebabkan beberapa lebuh raya utama sesak. Foto: Bernama

ALIRAN trafik di lebuh raya utama dilaporkan sesak pada Khamis (5 Mei), iaitu hari keempat sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kesesakan berlaku berikutan peningkatan jumlah kenderaan dan juga kemalangan di jalan raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang ramai berpusu-pusu balik kampung, trafik sesak di lebuh raya utama

Menurut laman Twitter Plus, laluan arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) mengalami kesesakan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar, Permatang Pauh ke Perai, Hentian Sungai Bakap ke Jawi dan Bandar Baharu ke Jawi setakat 10.30 pagi.

Trafik turut dilaporkan sesak dari Jawi ke Bandar Cassia, Tapah ke Gopeng dan Pagoh ke Yong Peng (U) akibat kemalangan.

Kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di KM115.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara antara Pagoh dan Yong Peng mengakibatkan trafik sesak sejauh 3 kilometer (km) pagi tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi akaun Twitternya melaporkan kemalangan turut berlaku di KM 308.5 arah utara di laluan Tapah-Gopeng yang mengakibatkan laluan kanan terhalang.

"Kemalangan itu (laluan Tapah-Gopeng) turut menyebabkan kesesakan sepanjang 2.8 km di laluan arah utara," menurut LLM.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain