suria

Orang lain shopping baju raya, wanita ini sibuk pilih batu nisan... reda hanya sempat bergelar ibu tak sampai sehari

Put mendapat kekuatan menempah batu nisan untuk kubur anaknya.

DALAM kita bergembira menyambut Aidilfitri, beringatlah ada individu yang sedang berduka.

Turut merasai kesedihan pada Syawal kali ini adalah Norfateha Shahputri, 28, dan suami, Muhammad Uzair, 30 apabila cahaya mata pertama mereka meninggal dunia pada 19 November tahun lalu.

Norfateha berkongsi kisah yang menjadi titik hitam dia dan suami menerusi video memaparkan mereka memilih batu nisan sebagai tanda ‘rumah baharu' arwah anak, Awa Medina.

ARTIKEL BERKAITAN: Cabut dan main batu nisan, jumpa nenek bongkok antara pengalaman ‘berjiran’ dengan kubur usia hampir 200 tahun - “Apa nak takut, semua orang dalam tu dah mati”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya trauma, semua anak lahir pramatang” - Berat ujian ibu muda ini... hilang dua zuriat hanya berselang 9 bulan

Bercakap kepada mStar, dia yang lebih mesra disapa Put menjelaskan dirinya berasa terkilan kerana zuriat pertamanya ini tidak dapat diselamatkan selepas empat tahun menunggu.

"Sudah lama kami ikhtiar nak dapat anak tapi saya sabar saja sebab anggap tak ada rezeki lagi. Tapi Allah bagi pinjam rasa nikmat mengandung dan ada anak sendiri walaupun sekejap.

"Anak saya lahir pada 19 November 2021 pukul 8.40 malam. Rasa sangat gembira dan bersyukur masa tu sebab lama tunggu nak ada anak tapi saya risau sebab masa lahir usia kandungan baru enam bulan satu hari. Berat baby masa lahir 680 gram saja.

"Tak sangka esoknya pukul 4 pagi doktor sahkan baby saya meninggal. Punca anak saya tak dapat diselamatkan disebabkan lahir tak cukup bulan. Doktor beritahu mereka terpaksa 'lepaskan' anak sebab tak nak dia menderita," kata Put ketika dihubungi.

Wanita yang menetap di Shah Alam, Selangor ini mengakui pada mulanya tidak dapat menerima kenyataan mengenai kehilangan anaknya.

Pasangan ini telah berjaya mendapat zuriat setelah empat tahun penantian.

Pasangan ini telah berjaya mendapat zuriat setelah empat tahun penantian.

Namun pada masa sama, dia bersyukur masih mempunyai suami di sisi yang sentiasa menjadi penguat semangat dirinya ketika itu.

"Perasaan hilang anak sangat pedih. Siapa yang pernah alami kehilangan macam ni je akan tahu.

"Tapi saya lega bila ada suami yang sangat positif dalam hal ni. Dia sangat kuat walaupun saya tahu dia pun bersedih juga masa tu cuma tak tunjuk. Kami sama-sama tunggu nak ada anak dari dulu lagi.

"Sepanjang saya mengandung, berpantang suami yang uruskan, termasuk urusan pengebumian anak. Saya tak boleh nak tolong uruskan jenazah sebab masih di bawah pemantauan di wad. Doktor minta saya berehat sebab saya mengalami pendarahan teruk sampai hilang 2.5 liter darah," katanya.

Wanita ini sempat merasai pengalaman menjadi seorang ibu walaupun untuk beberapa jam sahaja.

Wanita ini sempat merasai pengalaman menjadi seorang ibu walaupun untuk beberapa jam sahaja.

Bercerita lanjut mengenai kematian bidadari syurganya, Put memberitahu pangkal rahimnya yang pendek merupakan punca dia melahirkan bayi lebih awal dari yang dijadualkan.

Setelah lebih empat bulan kehilangan anaknya, dia bercadang untuk mencantikkan kubur arwah dengan meletakkan batu tanda yang telah ditempah semasa bulan Ramadan lalu.

“Benda ni berlaku tanpa sedar. Masa buat pemeriksaan dekat hospital, ‘jalan’ dah buka 2cm (sentimeter) tapi tak sampai 12 jam dah terbuka lebih 9cm sebab pangkal rahim saya pendek.

Baru sekarang saya boleh terima dan reda dengan apa yang jadi. Nak harungi setiap hari dengan kenangan yang sedia ada ni bukan perkara mudah.

NORFATHA

"Sekarang masuk bulan keempat anak saya meninggal. Saya baru ada rezeki nak belikan dia batu nisan sebagai batu tanda dekat kubur dia. Orang lain shopping beli baju raya tapi saya sibuk pilih batu nisan untuk arwah.

"Lagipun baru sekarang saya boleh terima dan reda dengan apa yang jadi. Nak harungi setiap hari dengan kenangan ni bukan perkara mudah bagi saya,” luah Put.

Wanita ini meluahkan rasa sedihnya namun bersyukur sempat merasai peluang bersama anaknya walaupun sekejap.

Wanita ini meluahkan rasa sedihnya namun bersyukur sempat merasai peluang bersama anaknya walaupun sekejap.

Berkenaan video yang menjadi tular di TikTok, Put tidak menyangka perkongsiannya ini mengundang sebak para warga maya.

Menurutnya, ramai yang mendoakan dia dan suami agar terus tabah dengan ujian diberikan oleh Allah.

"Saya simpan dekat media sosial sebab nak buat kenangan saja tapi tak sangka ramai yang berkongsi nasib sama di ruangan komen.

"Kepada 'pejuang dua garis', semoga kuat, tabah dan jangan stres. Nikmati hidup berdua setiap hari sementara ada ruang. Bab anak ni saya sebagai isteri paling terkesan dari segi mental dan fizikal.

“Jadi suami perlu memainkan peranan menjadi penguat buat isteri. Sokongan moral dari golongan suami sangatlah penting bila jadi keadaan macam ni," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain