suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thariq Halilintar sah bergelar suami Aaliyah Massaid, Presiden Indonesia jadi saksi

Thariq dan Aaliyah kini sah bergelar suami isteri.

DENGAN sekali lafaz, Youtuber terkenal Indonesia Thariq Halilintar sah bergelar suami kepada pelakon Aaliyah Massaid pada pagi Jumaat.

Pasangan selebriti itu disatukan sebagai isteri dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Raffles, Jakarta Selatan.

Joko (kiri) menjadi saksi pernikahan Thariq dan Aaliyah.

Joko (kiri) menjadi saksi pernikahan Thariq dan Aaliyah.

CNN Indonesia melaporkan, Thariq menyerahkan mas kahwin sebanyak 26,072,024 juta Rupiah (RM7,454.85) sebagai simbolik kepada tarikh pernikahan mereka pada 26 Julai 2024.

Bapa saudara kepada Aaliyah iaitu Tjandra Mudji Massaid bertindak sebagai wakil wali manakala Presiden Indonesia, Joko Widodo hadir sebagai saksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Thariq Halilintar menghitung hari bahagia, Raffi Ahmad tawar diri jadi pengacara majlis secara percuma

ARTIKEL BERKAITAN: Bertunang depan foto arwah bapa, Thariq Halilintar mahu jadi kekasih 'terakhir' Aaliyah Massaid

Manakala wakil rakyat Bambang Soesatyo pula bertindak sebagai saksi mewakili pihak pengantin perempuan.

Thariq pada 15 Mei lalu melamar Aaliyah sebagai isteri sebelum mereka melangsungkan pertunangan pada 23 Jun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain