suria

LRA Sungai Semenyih, Bukit Tampoi pulih... legakan penduduk di 472 kawasan

Gangguan bekalan air pulih.

PENDUDUK di 472 kawasan melibatkan lima wilayah Air Selangor yang mengalami gangguan bekalan air boleh menarik nafas lega selepas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi kembali pulih sepenuhnya jam 8 pagi, Rabu.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekalan air di 472 kawasan terjejas dijangka pulih sepenuhnya pagi Rabu

Beliau berkata, pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

"Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan pemberhentian tugas sementara LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi ekoran insiden pencemaran bau yang dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Kawasan yang terjejas melibatkan 172 kawasan di sekitar Petaling, Hulu Langat (54), Sepang (196), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (27).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain