suria

Anwar yakin PH-BN bentuk kerajaan

Anwar yakin PH-BN dapat membentuk Kerajaan Persekutuan.

DIKEMASKINI

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pihaknya bersama Barisan Nasional (BN) dapat membentuk Kerajaan Persekutuan.

Perkara itu diumumkan beliau dalam sidang media, petang Isnin.

Anwar berkata, beliau berpuas hati dengan pertemuan dengan beberapa wakil daripada BN bagi membincangkan mengenai pembentukan kerajaan baharu.

Menurut beliau, perbincangan lebih kepada isu dasar dan keperluan untuk mewujudkan kerajaan yang stabil dan inklusif.

"Saya berpuas hati kerana kita lebih tertumpu kepada keperluan untuk mewujudkan kerajaan yang stabil, inklusif dan menjaga kepentingan seluruh rakyat di negara ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar kata 'sabar'... yakin diberi peluang tadbir negara, ulangi PH ada cukup majoriti tubuh kerajaan

ARTIKEL BERKAITAN: No Anwar, No DAP! Hishammuddin lebih rela dipecat, tolak bergabung dengan PH

Menurut Anwar, pihaknya turut berpuas hati dengan perkembangan dan komitmen walaupun BN meminta sedikit waktu untuk melalui beberapa rundingan sebelum membuat keputusan muktamad.

Ditanya mengenai kenyataan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menolak PH dan parti DAP, Anwar berkata, mereka bukan kerajaan PH atau DAP.

"Ini bukan kerajaan PH atau kerajaan DAP. Ini adalah gabungan bagi kerajaan perpaduan," katanya.

Terdahulu, Hishammuddin dalam kenyataannya bertegas untuk menolak kerjasama dengan PH.

Hishammuddin berkata, beliau lebih rela dipecat daripada bersekongkol dengan gabungan yang diketuai Anwar.

"Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi, saya tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.

"Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.

"No Anwar, No DAP," tegas beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Saarani angkat sumpah MB Perak

Artikel Berikut

Artikel Lain