suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PN kemuka lebih 112 SD sokong Muhyiddin jadi PM

Hamzah memaklumkan PN sudah menghantar SD kepada Istana Negara. foto THOMAS YONG/The Star

PERIKATAN Nasional (PN) telah mengemukakan surat akuan berkanun (SD) melebihi 112 ahli Parlimen kepada Istana Negara.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, SD daripada ahli-ahli Dewan Rakyat itu memberi kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10.

"PN telah mengemukakan SD daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Muhyiddin, Ahli Parlimen Pagoh untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Jumlah Surat Akuan yang dihantar adalah melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain