suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

No Anwar, NO DAP! Hishammuddin lebih rela dipecat, tolak bergabung dengan PH

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) bersama Datuk Seri Hishamuddin Hussien (kiri).

DATUK Seri Hishammuddin Hussein tampil sebagai ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pertama yang bertegas untuk menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Menerusi hantaran di Facebook sekitar jam 11 pagi, Hishammuddin berkata dia lebih rela dipecat daripada bersekongkol dengan gabungan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

"Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi, saya tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.

"Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.

"No Anwar, No DAP," kata Ahli parlimen Sembrong itu dalam hantaran di Facebook dan Twitter.

Pagi ini timbul desas desus mengadakan PH dan BN mengadakan pertemuan bagi memuktamadkan kerjasama politik di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

PH, BN, kerjasama politik, PRU15, MP Sembrong

Artikel Lain