suria

BN tak pernah runding dengan GPS, PN tubuh kerajaan - Zahid

Zahid mengulas mengenai penubuhan kerajaan baharu. foto FB Zahid Hamidi

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan Barisan Nasional (BN) telah berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama dengan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi BN itu juga menegaskan bahawa tiada sebarang rundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan.

"Dalam pada itu, kesemua ahli Parlimen BN yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah menandatangani akujanji dan memberi mandat kepada saya selaku Presiden (Umno) untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.

"Sehubungan ini, mana-mana ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen, selaras dengan undang-undang larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: GPS umum bergabung dengan PN, BN dan GRS bentuk kerajaan baharu

Terdahulu, GPS setuju untuk bergabung dengan tiga lagi parti politik bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg menerusi satu kenyataan pada petang Ahad berkata, gabungan itu mengambil keputusan dan tindakan tersebut demi mengukuh dan menstabil negara dan kesejahteraan rakyat.

"Membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN) + Barisan Nasional (BN) + Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan persekutuan yang stabil dan kukuh demi rakyat," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain