suria

Muhyiddin yakin dilantik jadi PM ke-10

Muhyddin yakin dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.

DIKEMASKINI

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

"Sebagai Pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperolehi bilangan sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan saya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10 sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, petang Ahad.

Muhyiddin berkata, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN, petang Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: GPS umum bergabung dengan PN, BN dan GRS bentuk kerajaan baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Serah nama calon PM sebelum 2 petang Isnin - Istana Negara

Beliau memaklumkan kepada MT PN mengenai pertemuannya dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg pada pagi Ahad berhubung pembentukan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Beliau telah memaklumkan kesediaan ahli-ahli Dewan Rakyat GPS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

"Saya juga telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor yang juga telah menyatakan kesediaan ahli-ahli Dewan Rakyat GRS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya sebagai Perdana Menteri Ke-10.

"Beberapa orang Ahli Dewan Rakyat lain juga telah memberikan komitmen yang sama," katanya.

GPS dalam satu kenyataan pada Ahad bersetuju untuk bergabung dengan tiga lagi parti politik bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.

Abang Johari berkata, GPS mengambil keputusan dan tindakan tersebut demi mengukuh dan menstabil negara dan kesejahteraan rakyat.

"Membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN) + Barisan Nasional (BN) + Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan persekutuan yang stabil dan kukuh demi rakyat," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain