suria

GPS umum bergabung dengan PN, BN dan GRS bentuk kerajaan baharu

GPS ambil keputusan membentuk gabungan dengan PN, BN dan GRS.

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) setuju untuk bergabung dengan tiga lagi parti politik bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg menerusi satu kenyataan pada Ahad petang.

"Kita semua sedia maklum bahawa tiada sesebuah parti mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan setelah selesai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin kongsi foto jumpa pemimpin politik - “Kerajaan persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat”

"Dengan itu, GPS telah mengambil keputusan dan tindakan tersebut demi mengukuh dan menstabil negara dan kesejahteraan rakyat.

"Membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN) + Barisan Nasional (BN) + Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan persekutuan yang stabil dan kukuh demi rakyat," ujarnya dalam kenyataan itu.

Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Facebook turut berkongsi foto pertemuannya dengan Abang Johari dan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang berlangsung pada Ahad pagi.

Berikut merupakan keputusan rasmi PRU15:

- Pakatan Harapan - 82 kerusi

- Perikatan Nasional - 73 kerusi

- Barisan Nasional - 30 kerusi

- Gabungan Parti Sarawak - 22 kerusi

- Gabungan Rakyat Sabah - 6 kerusi

- Warisan - 3 kerusi

- Pejuang - 0 kerusi

- Parti Rakyat Malaysia - 0 kerusi

- Parti Sarawak Bersatu - 0 kerusi

- Lain-lain - 4 kerusi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain