suria

Saarani angkat sumpah MB Perak

Saarani mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

DATUK Seri Saarani Mohamad dari Barisan Nasional (BN) mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-15.

Istiadat itu diadakan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada pukul 5.30 petang Isnin.

Saarani, 61, yang mempertahankan kerusi Kota Tampan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), menerima dokumen pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan pada majlis itu.

Majlis dihadiri semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN kecuali Adun Chenderiang Choong Shin Heng (MCA).

Adun Pakatan Harapan, Dr Abdul Aziz Bari (Tebing Tinggi), Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (Sungai Rapat), Nga Kor Ming (Kepayang), Ahli Parlimen Tanjung Malim Chang Lih Kang dan Ahli Parlimen Gopeng Tan Kar Hing turut kelihatan di majlis tersebut.

Pengerusi Pakatan Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Adun PAS, Manjoi Mohd Hafez Sabri turut hadir. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain