suria

Hasrat langgan pelacur tak kesampaian, pekerja kilang rugi RM11,300

Mangsa terjerat dengan penipuan perkhidmatan pelacuran menerusi aplikasi dalam talian. Gambar hiasan. Foto: Azhar Mahfof/The Star

SEORANG pekerja kilang kerugian sebanyak RM11,300 selepas terjerat dengan penipuan perkhidmatan pelacuran menerusi aplikasi dalam talian, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa yang berusia 36 tahun berada di tempat kerjanya pada 4 Jun lalu apabila menerima mesej di WhatsApp daripada seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan 'callgirl'.

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek 68 tahun ‘putih mata’... Rugi lebih RM500,000 terjerat cinta doktor palsu kenal di Facebook

"Mangsa ditunjukkan gambar beberapa wanita cantik dan dia memutuskan untuk memilih salah seorang daripada gadis tersebut.

"Walaupun mangsa pada mulanya diberitahu bahawa perkhidmatan itu mengenakan bayaran RM300, lelaki itu kemudian menaikkan caj kerana gadis yang dipilih mangsa antara yang lebih cantik," katanya dalam satu kenyataan Isnin.

Hoo berkata, mangsa kemudian diminta membuat tambah nilai ke aplikasi dalam talian di sebuah kedai serbaneka di Bahau.

Lelaki itu turut memberitahu mangsa supaya menghantar salinan kad pengenalan sebagai bukti pembayaran dan mangsa melakukannya seperti yang diminta.

"Walaupun mangsa melakukan beberapa transaksi, lelaki itu berterusan memintanya menambah nilai dan diberitahu baki akan dipulangkan kemudian.

"Mangsa turut diugut supaya terus berbuat demikian jika mahu semua wangnya dikembalikan.

"Dia hanya menyedari dirinya ditipu selepas bertanya kepada rakannya," kata Hoo.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain