suria

Bunuh ibu, buang potongan mayat dalam tangki kumbahan... Suspek dipercayai ada masalah mental

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

SUSPEK yang membunuh dan memotong badan ibunya kepada 15 bahagian dipercayai mengalami masalah mental, kata Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Menurut beliau, anak perempuan mangsa membuat laporan polis beberapa hari lalu mengatakan bahawa ibunya yang berusia 68 tahun telah hilang.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu muda hamil 7 bulan maut ditembak di perut, polis tahan buruh bantu siasatan

Anak perempuan yang tinggal berasingan itu biasanya menelefon ibunya setiap hari.

Apabila dia membuat panggilan pada 28 Mei, suspek berusia 42 tahun menjawab telefon dan memberitahunya bahawa ibu mereka telah keluar dan tidak pulang ke rumah.

“Selepas laporan kehilangan dibuat, polis pergi ke rumah mangsa untuk membuat pemeriksaan.

“Rumah itu berada dalam keadaan bersepah kerana ibu dan anak itu mengutip barangan kitar semula. Selepas menyoal siasat suspek, polis keluar dari rumah.

“Kemudian pada hari Sabtu (4 Jun), seorang jiran menghubungi polis mengatakan terhidu bau busuk yang datang dari rumah mangsa,” katanya.

Apabila anggota polis memeriksa rumah itu, mereka menemui papan kayu menutup kawasan pembetungan di belakang rumah.

“Apabila papan itu dikeluarkan, pasukan forensik menemui bahagian badan. Kami juga menjumpai beberapa senjata bunuh di lokasi,” kata beliau.

Polis percaya suspek memukul kepala ibunya, sebelum dia rebah.

"Hanya selepas itu dia memotongnya menjadi kepingan," ujar beliau..

Terdahulu, kisah penemuan cebisan mayat dalam tangki sebuah rumah di Taman Kerian, Parit Buntar, pada Sabtu menjadi perhatian ramai.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek direman pada Ahad. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain