suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

3 individu ditahan, polis rampas 142kg ganja dianggarkan bernilai RM355,250

Dua daripada tiga suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan THC.

POLIS Selangor merampas 142 kilogram (kg) ganja dan turut menahan tiga suspek pengedar dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah berkata, serbuan itu dilakukan pada 31 Mei.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes ladang ganja: Bekas diplomat berstatus Datuk, anak lelaki didakwa di mahkamah

"Tiga lelaki berusia antara 23 dan 49 tahun ditahan di tempat letak kereta pasar raya di Bangsar pada pukul 2 petang. Kami merampas 145 bungkusan ganja yang disyaki seberat 142.1kg.

"Nilai dadah yang dirampas dianggarkan sekitar RM355,250. Kesemua suspek direman sehingga hari ini dan kita menunggu arahan seterusnya daripada DPP,” katanya.

Tambahnya, dadah itu dipercayai merupakan gred tertinggi, berdasarkan pembungkusan emas yang ditemui.

Katanya, serbuan dilakukan ketika suspek sedang memunggah kereta mereka.

Dua daripada tiga suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan THC.

"Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan destinasi sebenar dadah itu, tetapi kami percaya ia akan melalui beberapa lagi transaksi," katanya. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain