suria

Hari penuh debaran! Keputusan SPM bakal diumum pada 16 Jun

Calon boleh mendapatkan keputusan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada 16 Jun 2022. Foto: BERNAMA.

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikeluarkan pada 16 Jun 2022.

Perkara itu diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi satu kenyataan pada Selasa.

"Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan pekeriksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada 16 Jun 2022.

"Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan SPM akan dihantar melalui pos pada 16 Jun 2022," ujar kenyataan itu.

Menurut KPM, calon sekolah dan persendirian juga boleh membuat semakan keputusan menerusi internet dan sistem pesanan ringkas (SMS).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain