suria

Lindungi golongan miskin, Skim Insurans Keluarga Malaysia beri manfaat takaful

Skim Insurans Keluarga Malaysia akan membantu melindungi 268,000 keluarga dalam kategori miskin dan miskin tegar.

SKIM Insurans Keluarga Malaysia tentunya memberi kelegaan kepada kepada golongan miskin dan miskin tegar di negara ini apabila ia bakal memberi lebih perlindungan kepada isi rumah yang kehilangan punca pendapatan akibat kematian ketua keluarga.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengumumkan skim itu pada 25 Mac lalu, beliau berkata peserta berdaftar akan diberi perlindungan insurans dengan premium RM50 setahun.

Sebagai manfaat, mereka akan menerima perlindungan sekiranya pencari nafkah utama keluarga meninggal dunia atau mengalami kecederaan serta penyakit serius.

Sekiranya kematian berpunca daripada sebab semula jadi, keluarga akan menerima RM10,000, manakala kematian akibat kemalangan akan dilindungi sebanyak RM20,000.

Bagi kes hilang upaya kekal, pampasan ialah RM10,000.

KANGAR, 25 Mac -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan perasmian pada program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar hari ini.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARAKANGAR, March 25 -- Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob delivering his opening speech at the Malaysian Family Aspirations Tour programme at the Tuanku Syed Putra Sports Complex, Kangar today.--fotoBERNAMA (2022) COPYRIGHT RESERVED

Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan skim itu pada 25 Mac lalu.

Menurut Ismail, pada masa sama, PRU-Takaful BSN melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu turut memberi perlindungan insurans RM30,000 secara percuma bagi ketua isi rumah.

Skim Insurans Keluarga Malaysia akan membantu melindungi 268,000 keluarga dalam kategori miskin dan miskin tegar, kata perdana menteri.

Ia akan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dengan peruntukan sebanyak RM13.4 juta.

Skim insurans itu akan dibuat menerusi sistem e-Kasih di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), demikian menurut Ismail ketika melancarkan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Kangar pada 25 Mac.

Berdasarkan angka sehingga November 2021 kira-kira 550,000 individu diklasifikasikan sebagai 'miskin' dalam pangkalan data e-Kasih.

Daripada jumlah itu, kurang separuh daripadanya iaitu 262,000 individu dikategorikan sebagai 'miskin tegar'. Pendapatan isi rumah bagi kategori miskin tegar di Malaysia ialah RM1,169 sebulan.

Amzun Mat Yaman, 45, his wife, Fauziah Mohamed, 39, daughter Nur Kasih Amzun, 7 and one and a half month old son are depending on donations from the public to not go to bed hungry. — THOMAS YONG/The Star

Setakat November 2021, kira-kira 550,000 individu diklasifikasikan sebagai 'miskin' dalam pangkalan data e-Kasih.

Di Kangar, perdana menteri turut menjelaskan kerajaan komited memperkasakan pendapatan golongan miskin menerusi program peningkatan taraf hidup masyarakat pertanian B40 khususnya petani.

Untuk tujuan ini, pelbagai jenis bantuan diagihkan kepada 39,171 penerima dengan peruntukan RM109.7 juta.

Selain itu seramai 1,300 pesawah mendapat manfaat daripada program SMART Padi Field (SMART SBB) berskala besar bagi tujuan meningkatkan produktiviti penanaman padi.

“Kerajaan sentiasa mendengar seruan Keluarga Malaysia untuk mendapatkan bantuan.

“Inilah sebabnya kami melaksanakan keputusan terbaru untuk pengeluaran khas RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Ini atas permintaan orang ramai,” jelas Ismail Sabri.

Pada 23 Mac, perdana menteri mengumumkan beberapa inisiatif lain selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) di Parlimen.

KANGAR, 25 Mac -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan surat tawaran B40 ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada Syed Jalal Syed Nawawi, 21, pada Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra hari ini.Turut sama Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man (kiri), Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid (dua, kanan) dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (tiga, kanan).--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Skim Insurans Keluarga Malaysia akan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dengan peruntukan sebanyak RM13.4 juta.

Ini bagi meningkatkan tahap sosio-ekonomi Keluarga Malaysia dengan memberi tumpuan kepada program meningkatkan pendapatan ketua isi rumah dalam kalangan golongan miskin yang berdaftar di bawah e-Kasih.

Mesyuarat MySPC juga bersetuju memperkasa jaringan kebajikan sehingga ke peringkat daerah melalui Jawatankuasa Teknikal Perlindungan Sosial Negeri (JTPSNg).

Ini akan membantu menangani kemiskinan di bawah program Profil Perlindungan Sosial (fasa dua).

Selain itu, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) akan diberi tanggungjawab untuk mengetuai Jawatankuasa Kerja Pemodenan Subsidi bagi meningkatkan produktiviti, kata Ismail Sabri.

Semua langkah yang diputuskan dalam mesyuarat MySPC akan membantu mengukuhkan agenda perlindungan sosial untuk mencapai sasaran kerajaan sifar miskin tegar menjelang 2025.

“Pandemik Covid-19 menyedarkan semua pihak tentang kelemahan sistem perlindungan sosial di kebanyakan negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia,” kata perdana menteri.

“Justeru, kerajaan melalui Majlis Perlindungan Sosial mengenal pasti mekanisme perlindungan sosial yang lebih dinamik, fleksibel dan mampu bertindak balas terhadap sebarang risiko yang dihadapi oleh ahli Keluarga Malaysia,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain