suria

KKM kaji keperluan dos penggalak kedua untuk penerima Sinovac - Khairy

Khairy bagaimanapun berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya.

KEMENTERIAN Kesihatan sedang mengkaji sama ada penerima vaksin Sinovac yang telah disuntik dengan dos penggalak (booster) Pfizer memerlukan dos keempat untuk meningkatkan perlindungan mereka terhadap varian Covid-19 Omicron yang begitu tinggi kadar jangkitannya, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri Kesihatan itu berkata, kementerian telah mengambil maklum kajian baru-baru ini yang mendapati dua dos suntikan vaksin Sinovac diikuti suntikan penggalak Pfizer, kurang berkesan dalam mengekang penyebaran varian Omicron.

ARTIKEL BERKAITAN: Dos penggalak Pfizer, AstraZeneca boleh diberi sekurang-kurangnya 3 bulan selepas dos kedua - Khairy

"Kumpulan kerja teknikal Kementerian Kesihatan sedang mengkaji maklumat yang diperoleh dan akan mengemukakan cadangan kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sama ada mereka yang menerima dua dos vaksin Sinovac diikuti suntikan penggalak Pfizer memerlukan dos lain.

"Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk kita membuat sebarang kesimpulan," kata Khairy pada sidang media pada Sabtu.

Berdasarkan laporan media, kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Yale, Kementerian Kesihatan Republik Dominican dan beberapa institusi lain mendapati dua suntikan vaksin Sinovac diikuti dengan dos penggalak Pfizer-BioNTech menunjukkan tindak balas imun yang lebih rendah terhadap Omicron berbanding varian lain.

Dalam akhbar yang sama, Khairy telah mengumumkan bahawa Malaysia merekodkan dua lagi jangkitan Omicron pada 31 Disember 2021, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Omicron yang disahkan di negara ini kepada 64 kes.

Daripada jumlah yersebut, 63 kes adalah jangkitan luar negara (import) dan satu jangkitan tempatan.- THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

dos penggalak kedua, Sinovac, KKM

Artikel Berikut

Artikel Lain