suria

Covid-19: Malaysia rekod 3,386 kes baharu

Malaysia merekodkan 3,386 kes baharu Covid-19 pada 1 Januari.

SEBANYAK 3,386 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu.

Angka terbaharu itu menunjukkan penurunan berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Jumaat iaitu 3,573 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 3,573 kes baharu Covid-19

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,761,472 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan bahawa maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow, https://covidnow.moh.gov.my

"Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," tulis beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, CovidNow

Artikel Lain