suria

1,646 mangsa banjir di Tangkak dan Segamat dipindahkan ke PPS

Sebanyak 28 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka dengan 27 PPS di Segamat dan satu PPS di Tangkak.

SERAMAI 1,646 orang daripada 425 keluarga telah dipindahkan dari kediaman mereka di Segamat dan Tangkak sejak hujan berterusan bermula malam Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata, setakat 8 pagi Ahad, sebanyak 28 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka dengan 27 PPS di Segamat dan satu PPS di Tangkak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dijangka banjir bermula 31 Disember

“Kawasan paling terjejas ialah di Kampung Baru Gemas, Taman Gembira, Taman Wira, dan Taman Bintang, seramai 274 orang daripada 70 keluarga, diikuti Kampung Tenang, dengan 267 orang daripada 73 keluarga di Segamat.

“Semua mangsa ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tah Kang dan Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang,” katanya.

Beliau turut berkongsi bahawa lima sungai telah merekodkan paras berbahaya - Sungai Kesang berhampiran Telok Rimba, dan Sungai Tangkak berhampiran Kampung Seri Makmur, di Tangkak; dan Sungai Segamat berhampiran Bandar Segamat, Sungai Lenik berhampiran Ladang Chaah di Segamat, dan Sungai Muar berhampiran Buloh Kasap di Segamat.

Empat jalan di Mersing juga telah ditutup iaitu Jalan Kampung Orang Asli Peta, Jalan Kampung Orang Asli Punan, Jalan Bangas Kampung Simpang Loi, dan Jalan Puting. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain