suria

Permohonan untuk cabar keputusan haramkan kedai judi difailkan di mahkamah tinggi George Town

Permohonan untuk cabar keputusan haramkan kedai judi difailkan di mahkamah tinggi George Town

BEBERAPA pihak telah menghantar permohonan kepada mahkamah untuk mencabar undang-undang mengharamkan kedai judi.

Difahamkan permohonan telah difailkan bagi pihak Liew Han Eng dan penduduk Alor Setar yang lain di Mahkamah Tinggi di George Town, untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

Pemfailan itu termasuk afidavit oleh plaintif, yang merupakan penduduk Alor Setar dan dilaporkan menjadi sebahagian daripada aktiviti perjudian berlesen sebelum larangan itu.

Plaintif berpendapat larangan itu tidak munasabah dan boleh dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi selepas permohonan untuk semakan kehakiman.

Pengerusi biro undang-undang kebangsaan DAP Ramkarpal Singh berkata dalam satu kenyataan pada Khamis (18 Nov) bahawa dia akab membantu memfailkan permohonan itu bagi pihak plaintif.

"Langkah kerajaan negeri Kedah adalah "ultra vires" (melangkaui bidang kuasa) Perlembagaan Persekutuan kerana kuasa untuk mengeluarkan lesen sedemikian terletak di bawah bidang kuasa Parlimen," tambahnya.

Di bawah Perlembagaan, pertaruhan dan loteri adalah di bawah bidang kuasa Putrajaya melalui undang-undang seperti Akta Pertaruhan Pool 1967 dan Akta Rumah Perjudian Biasa 1953.

Sanusi pada Ahad (14 Nov) berkata kerajaan negeri akan mengharamkan semua kedai perjudian dan tidak akan memperbaharui lesen dan mengeluarkan lesen yang baharu.

Beliau turut mengalu-alukan sebarang cabaran undang-undang terhadap keputusannya.

Katanya, dia sudah menjangkakan bahawa DAP akan memihak kepada premis perjudian. - The Star

4d, perjudian, kedah, haram, lesen

Artikel Sebelum

Artikel Lain