suria

Jalan darat Malaysia, Singapura dibuka mulai 29 November

Jalan darat Malaysia, Singapura dibuka mulai 29 November

JALAN darat Malaysia-Singapura akan dibuka bermula 29 November serentak dengan pembukaan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) yang melibatkan laluan udara antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, kebenaran ini diberikan kepada pemegang pas jangka panjang.

“Saya ada berita baik untuk dikongsi. Kami sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan dan kerajaan Persekutuan dan negeri telah disahkan bahawa perjalanan darat akan bermula pada 29 November ini.

“Perjalanan darat antara Singapura dan Johor Baru hanya akan merangkumi pemegang pas jangka panjang, seperti mereka yang bekerja di Singapura atau mereka yang bekerja di Johor Bahru,” katanya dalam ucapannya semasa merasmikan Four Points By Sheraton Desaru di sini pada Khamis ( 18 Nov).

Pada 8 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong dalam kenyataan bersama mengumumkan individu yang sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 boleh berulang-alik antara Malaysia dan Singapura menerusi perjalanan udara tanpa perlu menjalani kuarantin bermula 29 November ini. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

sempadan, singapura, laluan darat, Johor

Artikel Lain