suria

Kedua-dua juruterbang Hawk sempat keluar dari pesawat, Mohamad Affendi meninggal disebabkan "pelbagai kecederaan konsisten dengan nahas udara"

Mohd Shuhaily berkata kedua-dua juruterbang sempat keluar dari pesawat sebelum nahas berlaku.

SIASATAN mendapati bahawa juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapt Mohamad Affendi Bustamy dan pembantu juruterbangnya Mej Mohd Fareez Omar sempat mengeluarkan diri daripada pesawat sebelum nahas berlaku.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dalam kejadian 10.07 malam pada Selasa (16 Nov), kedua-dua juruterbang berjaya keluar dari kokpit sebelum pesawat itu terhempas di pangkalan di Teluk Ayer Tawar.

“Ketika kejadian, kedua-duanya menaiki pesawat Hawk 108 dalam latihan perbangan malam.

“Pesawat itu terhempas dan meletup tetapi kedua-dua juruterbang berjaya keluar daripada pesawat sebelum nahas.

“Malangnya juruterbang Kapt Mohamad Affendi meninggal dunia manakala pembantu juruterbang Mej Mohd Fareez dihantar ke Hospital Seberang Jaya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis (18 Nov).

Dia berkata bedah siasat mendapati Kapt Mohamad Affendi meninggal dunia akibat "pelbagai kecederaan yang konsisten dengan nahas udara".

“Kes itu telah diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan terperinci sedang dijalankan.

“Kenyataan daripada pembantu juruterbang masih belum dijalankan kerana Mej Mohd Fareez masih menjalani rawatan untuk kecederaannya,” kata Kom Mohd Shuhaily.

Katanya, Kapt Mohamad Affendi dikebumikan pada 8.30 malam Rabu (17 Nov) di kampung halamannya di Muadzam Shah di Pahang. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

nahas udara, hawk, eject, keluar, pesawat,

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain