suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes harian kembali meningkat, Malaysia catat 6,210 kes Covid-19

Malaysia merekodkan 6,210 kes baharu Covid-19 pada Khamis.

SEBANYAK 6,210 kes baharu Covid-19 direkodkan pada hari Khamis.

Angka terbaharu itu sedikit menaik berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Rabu iaitu 5,516 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Negara rekod 5,516 jangkitan baharu

Untuk rekod, Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,027 kes diikuti Sarawak (725) dan Sabah (651).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan ini menjadikan jumlah kes keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 2,413,592 kes.

Menurutnya, orang ramai boleh melihat data lengkap mengenai kes Covid-19 dalam negara yang akan dimuat naik di laman sesawang CovidNow selepas tengah malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain