suria

“Saya diam je, tak pun fake laugh sebab takut” - Pandelela dedah jadi mangsa buli gara-gara tegur bekas jurulatih buat jenaka lucah

Pandelela membuat pendedahan itu menerusi Twitter miliknya pada Khamis.

PENERJUN kebangsaan, Datuk Pandelela Rinong mendedahkan dia pernah diganggu oleh bekas jurulatih yang suka membuat jenaka lucah.

Pandelela berkata, dia pernah mengutaran isu tersebut namun akhirnya dia dibuli.

ARTIKEL BERKAITAN: Pandelela Rinong dapat gelaran ‘Datuk’

"Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia.

"Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. Tujuh tahun kemudian dia buat kes rogol," ujar Pandalela menerusi Twitter.

Dedah Pandelela, dia sedih mengenangkan fasa itu kerana dia dan atlet lain tidak berupaya melakukan apa-apa untuk menghentikan perbuatan tersebut.

"Tapi paling sedih dalam tujuh tahun tu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa, sebab back up besar dia adalah head coach kami sendiri.

"Moral kepada kisah ini, kita perlukan pemimpin yang bagus untuk membetulkan apa yang silap dan tidak menutup mata terhadap apa yang berlaku.

553 (2)

Khairy turut membalas tweet yang dikongsi Pandelela.

"Mereka yang jadi mangsa juga perlu bercakap. Suara kecil akan jadi besar jika kita bersatu.

“Kami sangat beruntung kerana kami dilindungi dengan selamat oleh persatuan sukan kami, yang menjaga kami. Happy ending,” kata Pandelela.

Beliau membuat pendedahan itu menerusi Twitter miliknya pada Khamis.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin, yang merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan turut membalas tweet tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada penerjun itu kerana bersuara.

"Terima kasih Lela kerana mengutarakan isu ini," tulis Menteri Kesihatan itu.

Untuk rekod, media sosial Malaysia kecoh dengan perbincangan mengenai jenaka rogol yang melibatkan pelakon Fauzi Nawawi.

Satu video Fauzi dalam sebuah wawancara baru-baru ini menjadi tular, yang mana dia berkongsi tentang pengalamannya melakonkan watak sebagai perogol dalam filem Anak Halal pada tahun 2007.

Perbincangan itu mendapat kritikan daripada rakyat Malaysia yang menyerang Fauzi kerana terang-terangan bercerita mengenai babak tersebut dalam rancangan berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain