suria

Pakej ekonomi kerajaan selamatkan perniagaan daripada gulung tikar

Seorang bekas pramugari membuka gerai kebab sebagai inisiatif bagi meneruskan kelangsungan hidup selepas diberhentikan kerja susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak lebih setahun lalu. (Gambar hiasan) -foto Bernama

SEPANJANG berdepan pandemik COVID-19 dan dalam keadaan ekonomi yang merosot, apa yang penting bagi industri, sama ada besar atau kecil adalah untuk terus bertahan, jelas persatuan perdagangan.

Kemampuan untuk melaksanakannya, dalam suasana sektor perniagaan yang perlahan dan keperluan menjaga SOP yang ketat, hanya dapat dilaksanakan menerusi insentif dan bantuan kerajaan melalui pelbagai perancangan sepanjang pandemik ini.

Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) terbaharu yang diumumkan pada 15 Jun, bernilai RM150 bilion, akan terus membantu rakyat dan perniagaan dalam usaha melancarkan peralihan mereka ke Fasa Dua, Tiga dan Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika negara perlahan-lahan pulih sambil menjalani norma baharu akibat pandemik COVID-19.

(Negara akan beralih ke Fasa Dua PPN apabila memenuhi tiga indikator: jumlah kes COVID-19 harian turun kepada angka bawah 4.000; kadar penggunaan katil di unit rawatan intensif (ICU) pada tahap sederhana; dan 10 peratus penduduk telah menerima dua dos vaksin).

pemulih

Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan pada 15 Jun lalu melegakan banyak pihak terutamanya individu dan syarikat yang terjejas akibat COVID-19.

Sebelum PEMULIH, kerajaan telah mengumumkan tujuh pakej ekonomi bernilai RM380 bilion sepanjang tahun 2020 dan 2021, tidak termasuk RM322.5 bilion yang diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021.

Bantuan seperti insentif, bantuan kewangan dan moratorium pinjaman membantu dalam pembayaran kos tetap dan mengelakkan banyak PKS gulung tikar.

Di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) yang diumumkan pada 31 Mei lalu, 20 juta rakyat dan 2.4 juta perniagaan menerima bantuan ketika negara berada dalam Fasa Pertama PPN.

Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai berkata pakej sebegini penting untuk memajukan ekonomi dan mendapatkan lebih banyak dana dalam pakej rangsangan.

"Ini termasuk suntikan fiskal langsung serta langkah-langkah khusus yang akan membantu mengurangkan kesan kos perniagaan yang terjejas, " kata Soh.

kilang

Suasana semasa di ruang kerja di sebuah kilang memproses bahan pembungkusan di Seremban, Negeri Sembilan yang dilihat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka dan kapasiti pekerja yang dibenarkan oleh kerajaan. -foto Bernama

Tambahnya lagi, bantuan kewangan langsung di bawah PEMERKASA+ dalam bentuk lanjutan Program Subsidi Gaji 3.0 sebulan untuk pekerja tempatan; moratorium pinjaman automatik tiga bulan untuk individu dan PKS; dan pengecualian pungutan Pembangunan Sumber Manusia selama sebulan, sememangnya membantu kebanyakan syarikat pembuatan.

Bagaimanapun, katanya, bantuan itu tidak akan dapat mengekalkan industri ini dalam jangka masa yang panjang dan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Oleh itu, lebih banyak bantuan seperti PEMULIH diperlukan sebagai dana bantuan besar untuk meningkatkan fasa pemulihan agar negara tidak mengalami kemelesetan teruk yang akan memakan masa bertahun-tahun untuk pulih.

zafrul

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sidang media PEMULIH baru-baru ini. -foto Bernama

Pengerusi Jawatankuasa Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Koong Lin Loong berkata PEMULIH merangkumi semua sektor, semua pihak dan ekonomi dengan moratorium pinjaman automatik enam bulan untuk semua peminjam, tanpa mengira mereka daripada golongan B40, M40 atau T20 atau pengusaha mikro, yang tidak dinafikan akan membantu semua pihak untuk berdepan segala bentuk cabaran.

"Tidak ada syarat ditetapkan, peminjam hanya perlu membuat permohonan dan kelulusan akan diberikan secara automatik oleh bank.

“Inilah yang diharapkan oleh orang ramai, tanpa mengira kumpulan pendapatan, mereka sangat mengharapkan kerana mereka kehabisan simpanan, selain pendapatan mereka terjejas."

mora

Moratorium secara automatik untuk semua golongan amat ditunggu-tunggu oleh rakyat negara ini.

Koong juga memuji pengecualian pembayaran automatik untuk levi Pembangunan Sumber Manusia selama dua bulan bagi majikan yang tidak dapat beroperasi semasa penutupan.

"Ini pasti akan membebaskan aliran tunai banyak syarikat, yang sangat diperlukan pada masa sukar ini, " katanya.

Beliau turut memuji skim subsidi gaji yang berterusan, dengan kerajaan akan membantu sehingga 500 pekerja untuk setiap majikan melibatkan bantuan RM600 setiap pekerja selama empat bulan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Presiden Syarikat Pertengahan Konsortium Malaysia, Callum Chen pula menyambut baik skim jaminan pembiayaan tambahan sebanyak RM10 bilion hingga RM36.5 bilion untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

"Skim jaminan tersebut akan menyaksikan lebih banyak pinjaman perniagaan dijamin oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) Kementerian Kewangan yang akan menyaksikan peningkatan akses syarikat kepada pembiayaan, memandangkan ia mendorong bank untuk mengambil lebih banyak risiko.

”Dengan pemeriksaan teliti yang dilakukan oleh bank dan SJPP, risiko pinjaman tidak berbayar relatif menjadi rendah dan kami memiliki lebih banyak aliran tunai di pasaran untuk memacu ekonomi, ” katanya.

Kesimpulannya, menerusi pakej PEMULIH ini, individu dan pelbagai kumpulan perniagaan yang terjejas kerana pandemik COVID-19 mampu menarik nafas lega dan bertahan demi kelangsungan hidup.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah