suria

Varian Delta antara faktor kes Covid-19 meningkat, mampu jangkiti 800 orang dalam masa singkat - Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham memaklumkan mengenai faktor peningkatan kes Covid-19.

PENULARAN varian Delta yang paling bahaya dan mudah merebak merupakan salah satu faktor peningkatan kes Covid-19, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata, unjuran jangkitan disebabkan varian tersebut adalah tinggi dan boleh merebak dengan pantas.

"Salah satu faktor peningkatan kes disebabkan oleh varian. Kita dimaklumkan varian Delta sekarang ini menjadi varian yang dominan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepasi angka 11, 000! Malaysia catat 11, 079 kes baharu Covid-19

"Varian Delta ini merebak dengan cepat sekali... bererti kalau 100 orang dijangkiti, ia boleh menjangkiti 800 orang dalam tempoh yang singkat," katanya pada sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), petang Selasa.

Dilaporkan, varian Delta berasal dari India.

Dr Noor Hisham berkata, jangkitan Covid-19 pada masa ini boleh menular melalui bawaan udara atau 'airborne'.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya orang ramai mengamalkan pemakaian pelitup muka berganda dan mengelakkan berada di tempat-tempat sesak.

"Pada masa singkat, ia boleh menjangkiti. Jadi kita kena ambil tindakan untuk mengelakkan daripada dijangkiti iaitu pemakaian pelitup muka berganda dan face shield, dan mengelakkan tempat-tempat sesak.

"Ini kerana kalau ada seorang yang positif, maka ia akan merebak," katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, faktor kes harian Covid-19 meningkat turut disebabkan oleh peningkatan saringan di lapangan.

Beliau menambah, peningkatan kes Covid-19 di Selangor, Kuala Lumpur Lumpur dan Negeri Sembilan sejak kebelakangan ini merupakan hasil daripada saringan bersasar.

Pada Selasa, Malaysia merekodkan kes harian tertinggi sejak negara dilanda pandemik tahun lalu, dengan 11,079 kes baharu.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,263 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,521), Negeri Sembilan (1,033)

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain