suria

Lepasi angka 11,000! Malaysia catat 11,079 kes baharu Covid-19, 125 lagi kematian

Selangor kekal mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 11,079 kes baharu, pada Selasa.

Ia menjadikan keseluruhan 855,949 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 96,236 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: 8,574 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor kekal rekod kes harian tertinggi

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,263 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,521), Negeri Sembilan (1,033), Kedah (497), Sarawak (472) dan Johor (406).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 125 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,385 kes," katanya pada sidang media, petang Selasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata, sebanyak 5,990 kes telah pulih Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 753,328 kes.

"Sehingga kini, terdapat 972 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 456 kes memerlukan bantuan pernafasan, " katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain