suria

8, 574 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor kekal rekod kes harian tertinggi

Malaysia merekodkan 8, 574 kes positif Covid-19 pada Isnin.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 8, 574 kes baharu pada Isnin.

Ia menjadikan keseluruhan 844, 870 kes setakat ini.

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 4, 308.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ia diikuti Kuala Lumpur (609) dan Johor (407).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 102 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 6, 260 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 102 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 6, 260 kes, " ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 5, 041 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 747, 338 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 964 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 452 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain