suria

Berkunjung ke rumah Pak Lah, Annuar Musa dikompaun RM2,000

Annuar dikenakan kompaun kerana melangar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

TINDAKAN Tan Sri Annuar Musa berkunjung ke rumah bekas perdana menteri membawa padah apabila dia dikompaun RM2, 000.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dikenakan kompaun kerana melangar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan langgar SOP: Polis akan panggil Annuar Musa

Annuar pada Sabtu lalu telah berkunjung ke kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kompaun itu dikeluarkan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kompaun dikeluarkan sebanyak RM2, 000, " katanya ringkas melalui kenyataan pada Isnin.

Dalam kenyataan Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan pada Isnin memaklumkan Annuar telah menerima kompaun itu dan akan menjelaskannya secepat mungkin. - Sinar Harian.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain