suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwaan langgar SOP: Polis akan panggil Annuar Musa

Polis akan merekod kenyataan Annuar berikutan dakwaan menteri itu melanggar SOP PKP. Foto: The Star

POLIS akan memanggil Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bagi merekodkan keterangannya kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ia susulan tersebarnya foto memaparkan Annuar sedang duduk menikmati hidangan bersama enam individu lain di meja yang sama ketika satu majlis di Cheras.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, kertas siasatan mengenainya telah dibuka.

"Kami akan merakam kenyataan menteri itu segera yang sebahagian daripada siasatan kami.

"Laporan polis mengenai perkara itu dibuat di Cheras," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

SOP sewaktu PKP menetapkan hanya dua orang dibenarkan duduk di setiap meja di mana-mana restoran atau premis makanan.

Dilaporkan bahawa penganjur majlis tersebut, Kelab Pencinta Alam Kolam Takungan Banjir Sungai Midah, memohon maaf kerana gagal mematuhi SOP semasa lawatan Annuar. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain