suria

Covid-19: Kadar sembuh harian tertinggi direkod, jumlah jangkitan baharu turun kepada 2,464 kes... 7 lagi korban

Malaysia merekodkan 2,464 kes baharu positif Covid-19 pada Ahad. Foto: Bernama

PENULARAN kes Covid-19 di negara ini merekodkan 2,464 kes baharu, menjadikan keseluruhan 264,269 kes setakat Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 2,464 kes baharu yang dilaporkan, 2,461 adalah penularan tempatan dan baki tiga kes adalah jangkitan luar negara.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,103 kes, diikuti Johor (492) dan Sarawak (161).

ARTIKEL BERKAITAN: 263 di ICU... Malaysia catat 3,499 kes baharu Covid-19, lagi 5 kematian

"Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 965 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 4,525 kes telah pulih Covid-19 pada Sabtu dan ia merupakan jumlah kes sembuh harian tertinggi yang direkodkan.

Sehingga kini jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 213,814 kes.

"Terdapat 260 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 111 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain