suria

263 di ICU... Malaysia catat 3,499 kes baharu Covid-19, lagi 5 kematian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,499 kes baharu, menjadikan keseluruhan 209,289 kes setakat Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 51,558 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,345 kes, diikuti Johor (802 kes) dan Kuala Lumpur sebanyak 511 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 3,318 jangkitan baharu, angka korban bertambah 17... 119 perlukan bantuan pernafasan

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lima kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 958 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 3,515 kes telah pulih Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 209,289 kes.

"Sehingga kini, terdapat 263 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 118 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain