suria

Covid-19: 3,318 jangkitan baharu, angka korban bertambah 17... 119 perlukan bantuan pernafasan

Sebanyak 3,318 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,318 kes baharu, menjadikan keseluruhan 258,306 kes setakat Jumaat.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 51,579 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 3,318 kes baharu yang dilaporkan, 3,311 merupakan penularan tempatan manakala tujuh kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: 17 kluster baharu! Malaysia catat 3,384 kes baharu Covid-19,13 lagi kematian

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,214 kes, diikuti Johor (742) dan Kuala Lumpur (374).

"Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 17 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 953 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Jumaat.

Beliau berkata, sebanyak 3,505 kes telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 205,774 kes.

"Sehingga kini, terdapat 258 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 119 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain