suria

Harga petrol naik 3 sen, diesel naik 4 sen

Harga petrol dan diesel naik mulai esok.

HARGA runcit petrol dan diesel masing-masing naik untuk tempoh 13 Februari (esok) hingga 19 Februari.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan pada Jumaat, harga runcit RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter iaitu daripada RM1.93 kepada RM1.96 sen, dan RM2.23 kepada RM2.26 seliter.

Sementara itu, harga runcit diesel naik empat sen seliter iaitu daripada RM2.11 sen seliter kepada RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan menyatakan bahawa harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," demikian menurut kenyataan tersebut lagi. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain