suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video fitnah tak patuh SOP tular di Facebook, Ismail Sabri akan buat laporan polis

Ismail Sabri dijangka membuat laporan polis pada Sabtu.

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat laporan polis berhubung penyebaran video lama yang didakwa memfitnah dirinya berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan) itu dijangka membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada pukul 12 tengah hari Sabtu.

Terdahulu satu rakaman video memaparkan Ismail Sabri hadir ke satu majlis dan bersalaman dengan tetamu yang hadir, tular di Facebook.

Video itu menunjukkan beliau bersama beberapa orang lain tanpa memakai pelitup muka duduk bersama di meja jamuan dengan tidak menjaga penjarakkan sosial.

Difahamkan, video berkenaan adalah sewaktu majlis pelancaran Tabung Pahlawan di Royal Chulan, pada September tahun lalu. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berikut

Artikel Lain