suria

Bapa Ebit Lew meninggal dunia - “Ya Allah beratnya rasa ujian ini”

Bapa Ebit meninggal dunia pada usia 84 tahun.

BAPA kepada pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew meninggal dunia pada usia 84 tahun, Selasa.

Berita mengenai pemergian Ibrahim Lew dimaklumkan oleh Ebit menerusi laman sosialnya, petang Selasa.

"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapa saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapa. Bapa pergi dulu. Nanti ebit sampai yer.

ARTIKEL BERKAITAN: Menanti hari... Lengkap pakai PPE, Ebit Lew ziarah bapa tenat hidap barah perut tahap 4 - "Maafkan Ebit tak dapat jaga di saat begini"

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu... bapa Ebit tenat, masih sempat minta anaknya sempurnakan kerja - "InsyaAllah akan balik dalam masa terdekat"

"Ya Allah ampunilah bapa. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.

"Ya Allah temukanlah bapa dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah, inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku," tulis beliau.

Dilaporkan, bapa Ebit disahkan menghidap kanser perut tahap empat.

bapa ebit lew meninggal 2

Perkongsian Ebit di laman sosial.

Menurut Ebit, jenazah bapanya akan dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang di Ampang, Selangor sebelum dibawa ke Muadzam Shah di Pahang untuk dikebumikan.

"Saya dalam perjalanan ke Gleneagles Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang.

"Mohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan Al-Fatihah," kata beliau.

Ruangan komen dihujani dengan ucapan takziah dan doa di atas pemergian bapa Ebit.

Sejak April lalu dilaporkan bapa Ebit dimasukkan ke hospital dan tahap kesihatannya merosot.

Pendakwah itu juga sering menziarah dan menjaga bapanya sepanjang bapanya dirawat di hospital.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain