suria

Anak Azmin jawab dakwaan famili ‘bercuti’ di Turki, perjelas keluarganya di Malaysia

Foto yang dimuat naik Amira di laman Twitter.

ANAK perempuan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Amira Azmin menjelaskan bahawa keluargnya tidak berada di luar negara.

Dia berkata demikian susulan dakwaan yang kononnya mereka sekeluarga bercuti di Turki.

"Tak tahu macam mana lagi nak buktikan kita orang dekat Malaysia," tulisnya menerusi satu ciapan di laman Twitter dengan memuat naik foto sekumpulan individu dipercayai adik-beradiknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto Azmin Ali di Hagia Sophia jadi bualan, pemandu pelancong Turki mohon maaf salah beri info ‘bawa famili’ - "Ia adalah delegasi Miti"

Menerusi foto yang dirakamkan secara berkumpulan itu, Amira bergambar bersama lima beradiknya di hadapan televisyen yang menunjukkan saluran TV3.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menerima kritikan baru-baru ini selepas sekeping foto beliau di lokasi bersejarah Hagia Sophia di Istanbul, Turki menjadi tular di media sosial, dengan mendakwa beliau bersama ahli keluarganya.

Foto tersebut menunjukkan Azmn berdiri bersama seorang pemandu pelancong warga Turki di sebuah lokasi di negara itu.

Gambar berkenaan bagaimanapun tidak menunjukkan ahli keluarga beliau.

Namun, netizen berkongsi tangkap layar kapsyen asal foto tersebut yang mendakwa Azmin berada di negara itu bersama keluarganya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Azmin dikritik atas dakwaan pergi bercuti ketika pandemik Covid-19 melanda negara, di mana jangkitan turut berlaku di kilang-kilang terutama di Selangor.

Pemandu pelancong itu kemudian memohon maaf berhubung kapsyen sebelum ini yang mengatakan Azmin berkunjung ke Hagia Sophia bersama keluarganya.

Pentadbir akaun Instagram itu turut menjelaskan bahawa Azmin berada di negara itu bersama delegasi kementerian dalam program yang dianjurkan oleh kerajaan Turki.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) memberitahu, Azmin mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya Menteri Perdagangan Turki, Dr Mehmet Mus, di mana pelbagai langkah untuk meningkatkan hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan dua hala dibincangkan.

"Perbincangan tertumpu kepada pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turki (MTFTA) dan hala tuju ke hadapan untuk meneruskan rundingan bagi memperluas MTFTA.

"Kedua-dua menteri bersetuju untuk meningkatkan usaha bagi memuktamadkan rundingan berasaskan teks mengenai perluasan MTFTA pada tahun ini," katanya. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain