suria

Nak kenal Min mStar ke? Meh pakat join grup Telegram fan club mStar Rojer!

Banyak aktiviti menarik tau kalau menyertai mStar Rojer ni!

SEJAK pengikut media sosial mStar bertambah, ramai pula peminat nak kenal siapa itu Min (admin) yang mengendalikan media sosial kami ya?

Kalau kita kerap follow kapsyen di media sosial mStar terutamanya di Instagram, ada yang kata Min mStar tu lelaki. Ada pula yang kata ia perempuan.

Namun, netizen yang bermulut nakal cakap Min tu ‘dual band’. Isyhhh... isyhhh... tak baik tau korang ni.



Antara aktiviti yang pernah mStar bersama artis lakukan tidak lama dahulu.

InsyaAllah, kami akan perkenalkan Min kami tu nanti dan tentu sekali pengikut media sosial mStar akan ada yang teruja, terkejut beruk, mungkin ada juga yang pengsan.

Kenapa? Biarlah ia menjadi rahsia kami dahulu sebab Min mStar ni amat luar biasa orangnya.

Kami bercadang untuk memperkenalkannya dalam satu majlis khas nanti dan berhasrat nak jemput semua pengikut media sosial mStar meraikannya bersama-sama.

Cadangan awal kami mahu mengadakan majlis ini selepas Syawal nanti di pusat permainan taman tema ternama Sunway Lagoon.



Wah... mesti meriah nanti mStar Rojer kalau kita buat aktiviti ye? Gambar ini dirakamkan beberapa tahun lalu.

Sebelum itu, kami mengalu-alukan pembaca semua untuk join grup Telegram kelab peminat mStar Rojer terlebih dahulu.

Tujuan grup ini untuk membolehkan kita bertukar-tukar pandangan, pendapat dan idea asalkan ia tidak bertentangan dengan tuntutan agama serta tidak berbentuk penghinaan kepada mana-mana pihak.

Kita juga boleh jadikan kelab mStar Rojer sebagai platform untuk mengeratkan hubungan sesama ahli.

Mana la tahu ada ahli yang nak naik pelamin, boleh la geng-geng dalam mStar Rojer ni jadi penanggah majlis kahwin.

Kalau ada rakan-rakan yang ditimpa musibah, majlis berkaitan agama pun boleh kita urusakan, baca Yasin ke, tahlil ke, majlis doa selamat dan sebagainya.

Ia adalah salah satu cara untuk kami mendekati pembaca yang banyak menyokong mStar sehingga ia berjaya mencecah lebih 20 juta pelayar selepas 16 tahun berada dalam dunia digital.

Terima kasih banyak-banyak.

Jadi, apa lagi? klik saja link chat Telegram ini, secara automatik anda menjadi geng mStar Rojer kami.

Apa-apa rojer je kami di Telegram ni.

Artikel Lain