suria

Malaysia catat 2,078 kes baharu Covid-19,14 kluster dikesan... 8 lagi kematian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,078 kes baharu, menjadikan keseluruhan 377,132 kes setakat Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 20,522 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Sarawak melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 589 kes, diikuti Selangor (457) dan Kelantan sebanyak 290 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih lepasi angka 2,000! Sarawak rekod kes harian tertinggi, jangkitan baharu 2,195

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,386 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 1,402 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 355,224 kes.

"Sehingga kini, terdapat 228 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 93 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 14 kluster baharu akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat Isnin.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain