suria

Makin naik... Malaysia catat 1,889 kes baharu Covid-19, Selangor rekod jangkitan tertinggi

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,889 kes baharu, pada Rabu.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 365,829 kes, setakat Rabu.

Kes harian Covid-19 tersebut mencatatkan peningkatan berikutan kes harian pada Selasa dan Isnin, masing-masing sebanyak 1,767 kes dan 1,317 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarawak rekod kes harian tertinggi hari pertama Ramadan, jangkitan baharu 1,767

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 16,696 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 517 kes, diikuti Sarawak (489) dan Kelantan sebanyak 226 kes.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,353 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 1,485 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 347,780 kes.

"Sehingga kini, terdapat 204 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 79 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain