suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sarawak rekod kes harian tertinggi hari pertama Ramadan, jangkitan baharu 1,767

Malaysia merekodkan 1,767 kes baharu positif Covid-19 pada Selasa.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,767 kes baharu, menjadikan keseluruhan 363,940 kes setakat Selasa.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 16,300 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 1,767 kes baharu yang dilaporkan, 1,758 kes merupakan penularan tempatan dan baki sembilan kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19 catat 1,317 kes baharu, 4 lagi korban

Sarawak merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 607 kes, diikuti Selangor (483), Kuala Lumpur (133) dan Sabah (117).

Perlis pula satu-satunya negeri yang merekodkan sifar jangkitan pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 12 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,345 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Selasa.

Beliau berkata, sebanyak 1,290 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 346,295 kes.

"Sehingga kini, terdapat 199 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 82 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain