suria

Covid-19 catat 1,317 kes baharu, 4 lagi korban

188 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 84 kes memerlukan bantuan pernafasan.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 1,317 kes baharu, menjadikan keseluruhan 362,173 kes setakat Isnin.

Daripada 1,317 kes baharu yang telah dilaporkan, 12 merupakan kes import dan selebihnya adalah penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Elak jangkitan Covid-19, buka puasa di padang tidak dibenarkan

Antara negeri dengan kes jangkitan harian tertinggi termasuklah Sarawak dengan 351 kes dengan kes diikuti Selangor (303), Kuala Lumpur (116) dan Pulau Pinang (112).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, empat kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,333 kes kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan empat kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,333 kes," ujarnya.

Sehingga hari ini, 1,052 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 1,052 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 188 kes positif Covid-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 84 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain